Tidak Menyedari Tanda-Tanda Hipotiroidisme Pada Ibu Bapa Anda Yang Lanjut Usia?

Facebooktwittergoogle_pluspinterestmail

tyl-boost-post-oct-bm2

Sewaktu kecil, ibu bapa kita telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang supaya kita menjadi seorang yang tabah dan boleh berdikari. Kini, ketika kita sibuk dengan kehidupan masing-masing, ibu bapa kita semakin lanjut usia.

Jadi, sudah tiba masanya untuk anak-anak bertanggungjawab terhadap kesihatan ibu bapa. Walaupun anda mungkin telah melakukan yang terbaik, tidak mustahil untuk anda terlepas pandang beberapa tanda amaran kesihatan yang penting, terutamanya pada ibu anda.

Wanita yang berusia lebih 60 tahun mempunyai 3-5 kali risiko yang lebih tinggi untuk mendapat hipotiroidisme, sejenis penyakit tiroid, berbanding lelaki yang lanjut usia.1 Walau bagaimanapun, penyakit ini mungkin sukar dikesan kerana simptom-simptomnya yang mengelirukan dan mungkin disalah anggap sebagai kesan penuaan.2

Sebagai anak dan penjaga yang penyayang, anda perlu mengenal pasti simptom-simptom ini supaya boleh membawa ibu anda ke klinik atau hospital untuk menjalani pemeriksaan. Warga emas perlu mendapat rawatan untuk hipotiroidisme kerana ia telah dikaitkan dengan pelbagai penyakit lain.2

Kesihatan dan kecergasan ibu bapa anda adalah penting. Dengan mengawasi tanda-tanda hipotiroidisme, anda boleh membantu mereka menjalani hidup yang sihat apabila meningkat usia.

Rujukan

  1. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Disease. Hypothyroidism [Internet]. 2016. [cited 2016 Sep 14]. Available from: https://www.niddk.nih.gov/health-information/health-topics/endocrine/hypothyroidism/Pages/fact-sheet.aspx
  2. Rehman SU, Cope DW, Senseney AD, Brzezinski W. Thyroid disorders in elderly patients. South Med J. 2005 May;98(5):543-9.

tyl-elderly-infograph-bm-20161012