Tentang Kami

Facebooktwittergoogle_pluspinterestmail

about us

‘Transform Your Life’ adalah sebuah kempen kesedaran hipotiroidisme yang bertujuan mendidik orang ramai untuk mengenal pasti simptom-simptom bagi masalah ini dan menggalakkan mereka menjalani pemeriksaan dan jika perlu, mendapatkan rawatan untuknya. Kempen ini memaparkan pelbagai aktiviti seperti ujian fungsi tiroid percuma, pengedaran poster dan risalah melalui hospital dan klinik, sebuah laman web berunsur pendidikan dan inisiatif di media sosial.

‘Transform Your Life’ dianjurkan oleh Persatuan Endokrin & Metabolik Malaysia (MEMS) dan disokong oleh Merck Malaysia.