Setiap Hari Sukar Dilalui

Facebooktwittergoogle_pluspinterestmail

 

Agnes*, 43, adalah seorang ibu bekerjaya yang sentiasa sibuk. Walaupun beliau memastikan dirinya mendapat rehat yang secukupnya pada waktu malam, beliau tetap berasa letih sepanjang masa. Adakalanya Agnes terasa seperti ingin kembali ke katil selepas hanya satu jam bangun dari tidur. Namun, itu bukan satu-satunya masalah beliau. Beratnya yang semakin bertambah juga membuatkan beliau lebih tertekan.

Walau bagaimanapun, Agnes hanya bertahan dan menerima keadaan kesihatannya sebagai lumrah kehidupan. Agnes akhirnya tidak dapat bersabar lagi apabila dia terlepas majlis perkahwinan anak saudaranya kerana terlalu letih untuk bangun dari tidur! Ketika itulah beliau sedar ada sesuatu yang benar-benar tidak kena dengan kesihatannya.

Selepas menjalani ujian darah yang ringkas di klinik , Agnes disahkan menghidap hipotiroidisme . Beliau mula mengambil ubat-ubatan dan agak terkejut apabila berasa lebih sihat. Tidak lama kemudian, Agnes kembali bertenaga dan menjadi aktif semula. Beliau sungguh gembira dengan perubahan pada kesihatannya dan berharap beliau telah menjalani pemeriksaan untuk mengesan hipotiroidisme lebih awal.

*Bukan nama sebenar

Mengapa kesihatan tiroid anda penting

  • Tiroid adalah sejenis organ kecil berbentuk seperti rama-rama pada leher yang menghasilkan hormon tiroid.1
  • Hormon tiroid penting untuk pelbagai fungsi tubuh seperti metabolisme, perkembangan otak, pernafasan, sistem jantung dan saraf, suhu badan, kekuatan otot, kekeringan kulit, kitaran haid, berat badan dan paras kolesterol.1
  • Hipotiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid tidak dapat menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi.1
  • Wanita lebih cenderung mendapat hipotiroidisme berbanding lelaki.1
  • Jika tidak dirawat, ia mungkin membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti paras kolesterol darah yang tinggi, penyakit jantung, kemerosotan memori dan lemah otot.2

Rujukan

  1. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Hypothyroidism [Internet]. 2013 [cited 2016 Sept 26]. Available from: http://www.niddk.nih.gov/health-information/health-topics/endocrine/hypothyroidism/Pages/fact-sheet.aspx
  2. University of Maryland Medical Centre. Hypothyroidism [Internet]. 2016 [cited 2016 Sept 26]. Available from: http://umm.edu/health/medical/reports/articles/hypothyroidism