Mengesan Hipotiroidisme

Facebooktwittergoogle_pluspinterestmail

Ramai di antara kita yang terperangkap di dalam kehidupan yang sibuk yang bermula pada pagi Isnin, berakhir pada malam Ahad dan berulang semula. Masa berlalu apabila kita bergegas untuk menyiapkan pelbagai tugas yang menyebabkan kita tidak memberi perhatian kepada kesihatan. Namun, kesihatan tidak sepatutnya diabaikan. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan simptom-simptom berikut, anda mungkin menghidap hipotiroidisme.

Bukan itu saja. Hipotiroidisme boleh menjejaskan individu dari semua peringkat umur. Jadi, anda perlu memberi perhatian kepada kesihatan keluarga anda juga. Biasanya, simptom-simptom masalah ini disalah anggap sebagai kesan daripada tekanan atau penuaan, lalu membuatkan ia tidak disedari.

Jika anda atau ahli keluarga yang lain kerap berasa tidak sihat, berjumpalah dengan doktor segera untuk menjalani ujian darah yang ringkas. Hipotiroidisme agak mudah untuk dirawat. Anda tidak perlu terus menderita akibatnya.