Bukan Kehamilan Biasa

Facebooktwittergoogle_pluspinterestmail

Radha*, 28, sangat gembira apabila doktor menyampaikan berita yang lama dinantikannya, “Anda hamil”. Selepas mencuba selama hampir 2 tahun, kehamilan tersebut sangat bermakna buatnya. Namun, kegembiraannya lenyap apabila beliau sering letih, tidak tahan sejuk dan mengalami sembelit.

Walaupun selalu tidak sihat, Radha menganggap ia masalah yang normal ketika hamil. Namun, beliau tidak faham mengapa rakan-rakannya tidak menghadapi masalah ketika hamil, tidak seperti beliau yang terpaksa bersusah-payah setiap hari.

Radha mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila ibunya menegur keadaan beliau yang seperti tidak berupaya menghadapi kehamilan tersebut. Jadi, beliau berjumpa doktor dan menerangkan apa yang dialaminya. Selepas menjalani ujian darah yang ringkas, Radha disahkan menghidap hipotiroidisme.

Selepas mengambil ubat-ubatan, Radha mula beransur pulih. Beliau tidak lagi letih seperti dahulu dan berasa lebih sihat. Tidak lama selepas itu, Radha melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat dan cantik. Beliau gembira kerana penyakitnya dikesan pada peringkat awal kerana ia boleh menjejaskan bayi di dalam kandungannya. Kini, Radha dan bayinya sihat sejahtera.

*Bukan nama sebenar

Tiroid ibu membawa perbezaan

  • Ketika hamil, kelenjar tiroid pada sesetengah wanita mungkin tidak berupaya memenuhi keperluan hormon yang semakin meningkat. Ini membawa kepada hipotiroidisme maternal – sejenis penyakit tiroid di mana hormon tiroid yang dihasilkan adalah tidak mencukupi.1
  • Hipotiroidisme merbahaya untuk wanita hamil kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi dan peningkatan berat badan yang berlebihan.2,3,4
  • Jika tidak dirawat, hipotiroidisme boleh membawa kepada masalah pembelajaran dan perkembangan pada bayi.3,5
  • Selepas melahirkan anak, ada ibu-ibu yang mendapat tiroiditis selepas bersalin, sejenis radang pada kelenjar tiroid yang mungkin membawa kepada kemurungan.2

Reference

  1. AACE Thyroid Awareness. The Thyroid and Pregnancy [Internet]. n.d. [cited 2016 Sept 26]. Available from: http://www.thyroidawareness.com/the-thyroid-and-pregnancy#top
  2. University of Maryland Medical Centre. Hypothyroidism [Internet]. 2016 [cited 2016 May 23]. Available from: http://umm.edu/health/medical/reports/articles/hypothyroidism
  3. Sahay RK, Nagesh VS. Hypothyroidism in pregnancy. Indian J Endocrinol Metab. 2012 May-Jun;16(3): 364–370.
  4. Thyroid Screening in Pregnant Women. Putrajaya: Medical Development Division, Ministry of Health Malaysia. 2008 December.
  5. Abalovich M, Amino N, Barbour LA, Cobin RH, De Groot LJ, Glinoer D, Mandel SJ, and Stagnaro-Green A. Management of Thyroid Dysfunction during Pregnancy and Postpartum: An Endocrine Society Clinical Practice Guideline. Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism. 2007. 92(8) (Supplement):S1–S47