Bagaimana Tiroid Ibu Mempengaruhi Kehamilannya

Facebooktwittergoogle_pluspinterestmail

1 Healthy Thyroid BM

Sebagai ibu, kita sentiasa mencuba yang terbaik untuk mempersiapkan diri bagi kehamilan yang sihat dan selamat. Tetapi, ada perkara yang di luar kawalan kita, contohnya bagaimana tubuh kita melalui perubahan yang besar untuk disesuaikan dengan bayi yang sedang membesar di dalam kandungan. Salah satu daripada perbuahan ini termasuklah pada satu organ berbentuk rama-rama di pangkal leher kita yang selalu tidak diberi perhatian iaitu kelenjar tiroid .1

Apabila hamil, tubuh anda memerlukan hormon tiroid yang mencukupi untuk keperluan metabolik anda yang semakin meningkat dan juga untuk bayi di dalam kandungan. Jika kelenjar tiroid anda sihat, anda boleh memenuhi keperluan yang semakin meningkat untuk bayi anda secara semula jadi. 2

Malangnya, sesetengah wanita mempunyai kelenjar tiroid yang tidak mampu untuk menampung keperluan yang semakin meningkat ini lalu membawa kepada hipotiroidisme maternal – sejenis masalah tiroid di mana hormon tiroid yang dihasilkan adalah tidak mencukupi. 2 Ini boleh memberi kesan yang serius kepada ibu dan bayi. 3

Bekalan hormon tiroid yang tidak mencukupi mungkin menjejaskan pelbagai fungsi tubuh yang membawa kepada simptom-simptom seperti keletihan, kenaikan berat badan yang tidak sepatutnya, sembelit dan lebih sensitif kepada kesejukan berbanding orang lain. 1

Walau bagaimanapun, ibu-ibu hamil biasanya sudah lali dengan simptom-simptom ini dan mungkin menganggapnya sebagai kesan biasa dari kehamilan.2 Sesetengah wanita juga mungkin mengalami hipotiroidisme ringan (subklinikal) di mana simptom-simptomnya ringan atau langsung tiada lalu menyebabkan penyakit ini terus tidak dikesan dan tidak dirawat. 1

Jika keadaan ini berlanjutan, ia mungkin membawa kepada hipertensi akibat kehamilan, kematian bayi ketika lahir, kelahiran pramatang dan pemisahan plasenta dari dinding rahim.4 Komplikasi-komplikasi ini boleh mengancam nyawa anda dan masa depan bayi anda.

Jadi, jika anda sedang hamil atau merancang untuk hamil, pertimbangkan untuk menjalani pemeriksaan hipotiroidisme kerana kesihatan tiroid yang baik adalah penting untuk anda dan bayi anda.

Rujukan

  1. Sahay RK, Nagesh VS. Hypothyroidism in pregnancy. Indian J Endocrinol Metab. 2012 May-Jun; 16(3): 364–370.
  2. AACE Thyroid Awareness. The Thyroid and Pregnancy [Internet]. n.d. [cited2016 Apr 28]. Available from: http://www.thyroidawareness.com/the-thyroid-and-pregnancy#top
  3. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Pregnancy and Thyroid Disease [Internet]. 2013 [cited 2016 Apr 28]. Available from: http://www.niddk.nih.gov/health-information/health-topics/endocrine/pregnancy-and-thyroid-disease/Pages/fact-sheet.aspx#sup2
  4. Thyroid Screening in Pregnant Women. Putrajaya: Medical Development Division, Ministry of Health Malaysia. 2008 December.