Ambil Berat Mengenai Kesihatan Anda

Facebooktwittergoogle_pluspinterestmail

tyl-boost-post-oct-bm3

Anda tidak perlu mengurangkan aktiviti atau mengehadkan diri dengan rutin hidup yang membosankan hanya kerana anda telah lanjut usia. Walaupun dengan rambut yang beruban dan kedutan yang semakin bertambah, anda masih boleh menjalani hidup yang memuaskan.

Apabila meningkat usia, tubuh anda melalui pelbagai perubahan. Oleh itu, anda perlu memberi perhatian kepada keadaan kesihatan anda. Malangnya, penyakit tiroid yang tidak dikesan boleh menggagalkan usaha anda untuk meningkat usia dengan sihat.

Hipotiroidisme biasanya menjejaskan wanita yang lanjut usia dan sukar dikesan kerana simptom-simptomnya yang tidak spesifik.1,2 Jika anda sudah berasa tidak sihat selama beberapa minggu atau bulan, pergilah ke mana-mana klinik atau hospital untuk menjalani ujian darah yang ringkas.

Jika perlu, anda akan diberi levotiroksina, sejenis hormon tiroid sintetik yang membantu menguruskan dan mengurangkan simptom-simptom penyakit ini.3 Rawatannya juga tidak melibatkan kos yang tinggi.

Jangan biarkan diri anda terus menderita. Kesihatan anda sangat penting dan dengan penjagaan yang baik, anda boleh melalui usia emas dengan kesihatan yang baik.

Rujukan

  1. Bensenor IM, Olmos RD, Lotufo PA. Hypothyroidism in the elderly: diagnosis and management. Clinical Interventions in Aging 2012:7 97–111.
  2. Hypothyroidism: Practice Essentials, Background and Pathophysiology [Internet]. 2016 Jul 12 [cited 2016 Sep 4]. Available from: http://emedicine.medscape.com/article/122393-overview
  3. University of Maryland Medical Centre. Hypothyroidism [Internet]. 2016 [cited 2016 Sep 14]. Available from: http://umm.edu/health/medical/reports/articles/hypothyroidism