Adakah Anda Perlu Menjalani Pemeriksaan?

Facebooktwittergoogle_pluspinterestmail

4 Get checked BM

Adakah anda bimbang tentang kehamilan anda dan sama ada bayi di dalam kandungan sedang membesar dengan baik? Bagaimana pula selepas bersalin? Adakah anda kerap berasa letih, tidak bermaya atau sejuk dan sakit badan? 1

Jika kehamilan dan tempoh selepas bersalin memberi kesukaran kepada anda, sudah tiba masanya untuk mendapatkan pendapat pakar perubatan dan menjalani pemeriksaan hipotiroidisme. Anda juga perlu menjalani pemeriksaan sekiranya tidak mengalami sebarang simptom tetapi tergolong dalam kumpulan-kumpulan berisiko tinggi berikut:2

Ujian darah yang ringkas di mana-mana hospital atau klinik akan dapat mengesan sekiranya anda menghidap penyakit ini. Anda mungkin diberi pil tiroksina iaitu sejenis hormon tiroid sintetik yang membantu mengawal hipotiroidisme. Pil ini penting untuk kesejahteraan bayi di dalam kandungan anda.1

Jika anda mengalami tiroiditis selepas bersalin, anda mungkin tidak memerlukan rawatan kerana masalah ini biasanya bersifat sementara. Namun, doktor akan mengawasi fungsi tiroid anda dengan menjalankan ujian darah secara berjadual. Jika anda mengalami simptom-simptom hipotiroidisme yang teruk, anda mungkin dirawat dengan tiroksin untuk membantu menyeimbangkan hormon tiroid di dalam tubuh anda.3

Rujukan

  1. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Pregnancy and Thyroid Disease [Internet]. 2013 [cited 2016 Apr 28]. Available from: http://www.niddk.nih.gov/health-information/health-topics/endocrine/pregnancy-and-thyroid-disease/Pages/fact-sheet.aspx#sup2
  2. Thyroid Screening in Pregnant Women. Putrajaya: Medical Development Division, Ministry of Health Malaysia. 2008 December.
  3. Mayo Clinic. Postpartum Thyroiditis: Treatment and Drugs [Internet]. 2015 [cited 2016 Apr 28]. Available from: http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/postpartum-thyroiditis/basics/treatment/con-20035474