12 Tanda Fungsi Tubuh Mungkin Menjadi Perlahan

Facebooktwittergoogle_pluspinterestmail

Sentiasa sakit, lemah dan tidak bersemangat? Mungkin ia bukan tekanan, gaya hidup anda yang tidak sihat, atau penuaan. Sebaliknya, anda mungkin menghidap hipotiroidisme.

Apabila tiroid anda sihat, anda berasa selesa kerana ia menguruskan sistem-sistem tubuh anda dengan cekap. Dengan hipotiroidisme, metabolisme anda menjadi perlahan dan tubuh anda tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk memastikan semua fungsi berjalan lancar seperti sebuah mesin yang cukup minyaknya.

Tanda-tanda dan simptom-simptom hipotiroidisme boleh menyebabkan pelbagai jenis simptom dan tidak spesifik kepada mana-mana bahagian tubuh. Jika anda mengalami beberapa tanda di bawah, mungkin ada masalah pada tiroid anda.

ADAKAH ANDA MENGALAMI TANDA-TANDA INI?

Feel depressed and having negative thoughts

Berasa tertekan

Muscle aches and joint pains

Sakit otot dan sendi

Low sexual drive

Kurang keinginan seks

Puffy face, hands and feet

Muka, tangan dan kaki menjadi sembab

Drowsy/tired/ lethargic all the time

Mengantuk/letih/lesu sepanjang masa

Weight gain and difficulty in losing weight

Naik berat badan dan sukar menurunkan berat badan

Irregular menstrual cycles or difficulty conceiving

Kitaran haid yang tidak tetap atau sukar untuk hamil

High cholesterol and blood pressure

Paras kolesterol dan tekanan darah yang tinggi

More sensitive to cold

Lebih sensitif kepada kesejukan

Constipation

Sembelit

Brittle hair/nails and unsightly dry/flaky skin

Rambut/kuku yang rapuh dan kulit yang kering/bersisik

Forgetfulness and dementia

Pelupa

Mujurlah anda tidak perlu menderita lagi. Hipotiroidisme mudah dikesan dan dirawat. Anda boleh membebaskan diri dari hipotiroidisme.